Wednesday, July 28, 2010

:::LeSsOn PlAn LoGiC (LGV1):::

LESSON PLAN LOGIC



Set Induksi

1.      Sesi pembelajaran dimulakan dengan mengimbau semula topik yang diajar sebelumnya. Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai Janjang Aritmetik penting sebagai petunjuk dan memudahkan pelajar untuk mempelajari topik yang akan diajar. Rumus-rumus atau formula-formula yang dipelajari diulang dan diterapkan secara sedikit demi sedikit. Pelajar-pelajar akan lebih yakin untuk mempelajari subtopik Janjang yang baru.

2.      Menurut David P. Ausubel, pengetahuan sedia ada penting sebagai sokongan untuk maklumat baru yang akan diterima. Ia membantu dalam proses belajar ketika bahan yang akan diperkenalkan lebih kompleks.

3.      Di samping itu, pelajar juga perlu mempunyai skema untuk mempelajari topik Janjang ini. Ini adalah berdasarkan Teori Skemata yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Skemata adalah struktur kognitif yang membolehkan seseorang beradaptasi dan mengalami perkembangan mental. Efektif untuk meningkatkan kemampuan memahami sesuatu topik daripada pengetahuan sedia ada.

Perkembangan

1.  Guru menerangkan langkah-langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Langkah-langkah penyelesaian masalah ini berdasarkan Model Polya Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik penyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
                 i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
                 ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian
                 iii) Melaksanakan penyelesaian
                 iv) Menyemak semula
2.   Guru memperkenalkan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah matematik diikuti contoh soalan yang berkaitan. Ini adalah melalui pendekatan deduktif. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Ini bermaksud bahawa guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau juga boleh digunakan sebagai proses menyelesaikan masalah dalam Matematik.

Penilaian

1.      Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan meminta pelajar melengkapkannya secara individu. Jika guru menulis soalan di papan putih dan mengarahkan pelajar menyalinnya semula, hal ini akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, dengan mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar, ia dapat menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran.

2.      Guru menetapkan masa selama 10 minit untuk melengkapkan lembaran tersebut. Masa ditetapkan supaya pelajar dapat menguruskan masa untuk menjawab soalan itu dengan baik. Pengurusan masa yang betul sangat penting agar pelajar tidak kesuntukan masa untuk melengkapkan lembaran kerja itu.

3.      Guru memantau pelajar dan membimbing pelajar yang tidak dapat menjawab soalan kerana Teori Personaliti Freud menjelaskan bahawa setiap murid di dalam kelas mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza-beza. Oleh itu, tidak semua murid di dalam kelas itu dapat memahami isi pembelajaran dengan sepenuhnya. Melalui pemantauan ini, guru dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah berkaitan dengan tajuk yang diajar.

4.      Guru memilih beberapa pelajar secara rawak untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Pemebentangan hasil kerja di hadapan kelas penting supaya pelajar dapat membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar. Menurut Noran dan Habibah (1997), konsep kendiri boleh dibahagikan kepada konsep kendiri positif dan negatif. Keyakinan diri yang tinggi termasuk dalam konsep kendiri positif.

5.      Guru memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab semua soalan dengan betul kerana menurut Teori Pelaziman Operan Skinner ( 1904 - 1990), peneguhan positif adalah memberikan sesuatu ganjaran yang memuaskan pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru akan mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Menurut Skinner, peneguhan bermaksud jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan setelah tingkah laku dipamerkan.

Penutup

1. Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat  menggabungkan setiap pengalaman baru atau ilmu baru dengan pengetahuan sedia ada mereka tentang topik yang diajar. Ini adalah berdasarkan Teori Proses Pembelajaran yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget di mana dalam proses asimilasi, pelajar menggabungkan pengalaman mereka dengan pengetahuan sedia ada. Seperti yang kita ketahui, pengetahuan sedia ada pelajar dalam topik Janjang ini adalah semasa mereka mempelajari topik-topik yang berkaitan di Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.
2.   Guru juga membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut supaya segala maklumat yang diterima dapat diingati dan disimpan di dalam sistem memory pelajar. Seperti yang diperkatakan oleh Robert Gagne’ dalam The Phase of Learning Sequence, Fasa Simpanan (Storage Phase) mengkehendaki pelajar cuba mengingat dan menyimpan segala maklumat di dalam sistem memori.
3.   Pelajar dikehendaki memperoleh semula segala isi pembelajaran yang tersimpan di dalam memori mereka untuk untuk membuat rumasan yang disuruh oleh guru. Fasa Perolehan Semula (Retrieval Phase) ini adalah kebolehan pelajar mengeluarkan maklumat yang tersimpan di dalam memori mereka. 
4.   Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner juga diaplikasikan di dalam bahagian penutup ini. Para pelajar yang bertanyakan soalan kepada guru mempunyai kecerdasan linguistik dan kecerdasan interpersonal. Manakala pelajar dikehendaki membuat peta konsep atau peta minda telah mengaplikasikan kemahiran visual dan ruang mereka. 

:::LeSsOn PlAn(LP1):::


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (LV1)
Mata Pelajaran                      : Matematik Tambahan
Tingkatan                               : 5
Masa                                       : 40 minit
Tajuk                                     : Janjang Aritmetik
Objektif pengajaran dan
pembelajaran                                    : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar
  dapat
                                                                                                               i.      Menyelesaikan masalah yang melibatkan J.A
                                                                                                             ii.       Menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian dengan menggunakan J.A

Kemahiran Generik
Penerapan nilai                       :
                                                                                                         i.            Ketekunan
                                                                                                       ii.            Kegigihan
                                                                                                      iii.            Kerjasama

KBKK                                      :
                                                                                                         i.            Menghubung kait
                                                                                                       ii.            Menganalisis
                                                                                                      iii.            Mentafsir maklumat
                                                                                                     iv.            Merancang strategi
                                                                                                       v.            Menyelesaikan masalah
                                                                                                     vi.            Berkongsi idea
                                                                                                    vii.            Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai                         :
                                                                                                         i.            Intrapersonal
                                                                                                       ii.            Kecerdasan Interpersonal
                                                                                                      iii.            Logik Matematik
                                                                                                     iv.            Kecerdasan ruang / imaginasi

Media Pengajaran                   :
                                                                                                         i.            Power point
                                                                                                       ii.            Lembaran kerja

Pengalaman Sedia Ada          : Pelajar telah mempelajari subtopik awal yang  terdapat di     dalam tajuk janjang:
                                                                                                         i.            satu jujukan yang diberi adalah J.A
                                                                                                       ii.            mencari sebutan ke-n bagi J.A
                                                                                                      iii.            mencari hasil tambah n sebutan pertama dengan menggunakan rumus
                                                                                                     iv.            mencari sebutan ke-n menggunakan rumus
      Tn = Sn – Sn-1
                                                                                                       v.            mencari hasil tambah sehingga sebutan yang cukup besar bagi J.A





Monday, July 26, 2010

:::TiNgKaTaN 4 AV2:::

TINGKATAN 4


BAB 11: NOMBOR INDEKS

Nombor indeks ialah sukatan statistik yang digunakan untuk menunjukkan perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa.

-Satu contoh bagi nombor indeks ialah indeks harga. 
-Indeks harga ialah nisbah harga suatu barangan pada suatu masa tertentu.  
 -Masa yang dipilih untuk dijadikan perbandingan dinamakan masa asas.

Indeks harga  dengan,
              
                           P0 = harga barang pada masa asas
                           P1 = harga barang pada masa tertentu

Jika P0 = P1, maka indeks harga ialah 100. Oleh itu, indeks harga sebenarnya adalah peratus nisbah harga barangan bagi tempoh tertentu.

Contoh:
Sebatang pen berharga 50 sen pada tahun 1995 dan 80 sen pada tahun 2000. Dengan mengambil 1995 sebagai tahun asas, kira indeks harga sebatang pen bagi tahun 2000.

Penyelesaian:
Katakan,
P0  ialah harga sebatang pen pada tahun 1995
 Pialah harga sebatang pen pada tahun 2000
Maka, indeks harga, I bagi tahun 2000


Maka, harga sebatang pen telah meningkat sebanyak 60% dari tahun 1995 hingga tahun 2000.

Nombor Indeks Gubahan

Pemberat ialah satu angka tunggal yang menunjukkan kepentingan sesuatu barang. 
- Semakin penting barang tersebut, semakin besar pemberat yang diberikan kepadanya.
 - Dalam perhitungan indeks harga berpemberat, biasanya kuantiti barangan digunakan sebagai pemberat dan pemberat yang sama digunakan untuk semua tempoh masa untuk menunjukkan perubahan dalam harga barangan. 
- Ini bertujuan untuk memudahkan kita mengira suatu nombor indeks bagi gabungan beberapa perkara. 
- Apabila diketahui kepentingan setiap perkara terlibat, maka kita boleh mengira min berpemberat, iaitu nombor indeks gubahan bagi semua nombor indeks itu.

Jika 
                                  adalah indeks-indeks harga bagi n barangan dengan pemberat  
                                                   masing-masing, maka  
                         
             Nombor indeks gubahan:



HUBUNG KAIT???

Seperti yang kita ketahui, topik nombor indeks ini mempunyai kesinambungan dengan topik Janjang Tingkatan Lima dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
- Di dalam subtopik Janjang Geometri, kita dikehendaki mencari nisbah nilai pemalar tak sifar, r yang dinamakan nisbah sepunya.
- Dalam janjang geometri, untuk mencari nisbah sepunya, r kita perlu membahagi sebutan kedua dengan sebutan pertama. Contohnya:






Jujukan ini ialah janjang geometri kerana mempunyai nisbah sepunya.

- Tetapi di dalam topik nombor indeks, kita perlu mencari peratus nisbah harga barangan bagi tempoh tertentu dan mendarabkan nisbah harga barangan dengan 100% untuk mendapatkan jawapan di dalam peratus. 
- Para pelajar terlebih dahulu mengetahui pengiraan nombor indeks dan dapat mengaplikasikannya di dalam subtopik janjang geometri untuk mencari nilai nisbah sepunya. 

- Penyelesaian untuk mencari nilai sebutan ke-n, beza sepunya dan hasil tambah n sebutan pertama bagi janjang aritmetik dan janjang geometri adalah seperti penyelesaian persamaan linear di mana kita ingin mencari nilai bagi suatu pemboleh ubah.