RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (LV1)
Mata Pelajaran : Matematik Tambahan
Tingkatan : 5
Masa : 40 minit
Tajuk : Janjang Aritmetik
Objektif pengajaran dan
pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar
dapat
i. Menyelesaikan masalah yang melibatkan J.A
ii. Menyelesaikan masalah di dalam kehidupan seharian dengan menggunakan J.A
Kemahiran Generik
Penerapan nilai :
i. Ketekunan
ii. Kegigihan
iii. Kerjasama
KBKK :
i. Menghubung kait
ii. Menganalisis
iii. Mentafsir maklumat
iv. Merancang strategi
v. Menyelesaikan masalah
vi. Berkongsi idea
vii. Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai :
i. Intrapersonal
ii. Kecerdasan Interpersonal
iii. Logik Matematik
iv. Kecerdasan ruang / imaginasi
Media Pengajaran :
i. Power point
ii. Lembaran kerja
Pengalaman Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari subtopik awal yang terdapat di dalam tajuk janjang:
i. satu jujukan yang diberi adalah J.A
ii. mencari sebutan ke-n bagi J.A
iii. mencari hasil tambah n sebutan pertama dengan menggunakan rumus
iv. mencari sebutan ke-n menggunakan rumus
Tn = Sn – Sn-1
v. mencari hasil tambah sehingga sebutan yang cukup besar bagi J.A
Sedikit cadangan, untuk bahagian penilaian. ganjaran tidak seharusnya diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab semua soalan dengan betul. Sebaliknya, ganjaran juga harus diberikan kepada pelajar yang tidak menjawab semua soalan dengan betul tetapi telah berusaha untuk menjawab soalan. Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar tersebut.
ReplyDeleteMuhamad Saifudin Mohd Razali
Noor Hasimah Hamdin
Norain Rahmat
Nazihah Safie
Kaseyati Parijan
Terima kasih atas cadangan yang diberikan.Selepas berdiskusi, kami menerima cadangan daripada anda.Tetapi untuk bahagian penilaian, kami merujuk kepada Teori Pelaziman Operan Skinner yang menyatakan bahawa peneguhan yang di beri mesti jelas dan bersistematik. hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang diberi peneguhan. Ganjaran yang diberikan adalah berbeza antara pelajar yang dapat menjawab semua soalan dengan pelajar yang menunjukkan usaha dan kesungguhan.
ReplyDelete