TINGKATAN 1
BAB 2: GANDAAN DAN FAKTOR
2.1 Senarai nombor berpola
Senarai nombor yang mempunyai aturan tertentu disebut nombor berpola
Dalam senarai nombor pola
nombor sebelumnya diperolehi dengan menambahkan 3 kepada nombor sebelumnya.
Dalam senarai nombor pola
nombor sebelumnya diperolehi dengan mendarabkan 2 kepada nombor sebelumnya.
HUBUNG KAIT????
Bagi subtopik gandaan dan faktor (Matematik Tingkatan 1), ia berhubung kait dengan subtopik bagi ciri-ciri janjang aritmetik dan ciri janjang geometri.( Matematik Tambahan Tingkatan 5)
JANJANG ARITMETIK
Ciri janjang aritmetik
-Suatu jujukan ialah satu susunan nombor T1, T2, …, Tn,… yang mengikut peraturan tertentu.
T1 merupakan sebutan pertama,
T2 merupakan sebutan kedua
Tn merupakan sebutan ke-n
-Perhatikan jujukan 5, 12, 19, 26,…
Sebutan kedua – sebutan pertama = 12 – 5 = 7,
Sebutan ketiga – sebutan kedua = 19 – 12 = 7,
Sebutan keempat – sebutan ketiga = 26 - 19 = 7.
-Didapati bahawa beza antara suatu sebutan dengan sebelumnya didapati sama, iaitu 7. Maka beza sepunya = 7.
Jujukan diatas dinamakan JANJANG ARITMETIK
Janjang aritmetik ialah satu jujukan yang beza antara suatu sebutan dengan sebutan sebelumnya adalah pemalar.
Pemalar ini dinamakan beza sepunya, d.
JANJANG GEOMETRI
Ciri janjang geometri
Perhatikan jujukan berikut
Apakah ciri umum jujukan di atas?
Jujukan (a) mempunyai nisbah sepunyai, iaitu 2.
Jujukan (b) mempunyai nisbah sepunya, iaitu 3a.
Jujukan yang mempunyai nisbah sepunyai dinamakan
J
ANJANG GEOMETRI
Janjang geometri ialah satu jujukan yang setiap sebutan (kecuali sebutan pertama) diperoleh dengan mendarabkan sebutan yang sebelumnya dengan satu pemalar tak sifar, r. Pemalar ini dinamakan nisbah sepunya.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sejahtera, kami dapati bahawa AV2 terdapat perubahan yang positif daripada AV1. Penggunaan peta minda dalam Analisis Janjang AV2, membantu kami memahami perkaitan yang wujud antara subtopik dan topik. sekian
ReplyDeleteGayathiry a/p Vijayakumar
Nurul Irnafarhana Md Zain
Tan See Jhou
Kho Ee Sing
Enoch Ang