TINGKATAN 3
BAB 6: FORMULA ALGEBRA
6.2b: Nilai Pembolehubah Dalam Rumus
- Mencari nilai bagi suatu pembolehubah dalam rumus jika nilai-nilai pembolehubah yang lain diketahui.
- Contoh: Diberi nilai p= 4a + 3b, carikan nilai p apabila a= 5 dan b= 4.
Penyelesaian: p= 4(5) + 3 (4)
= 20 +12
= 32
· Oleh itu, nilai p boleh dicari kerana nilai a dan b diketahui.
Janjang Aritmetik:
· Rumus untuk mencari sebutan ke-n adalah : Tn= a + (n – 1)d
· Sesuatu sebutan ke-n boleh dicari apabila nilai a, d dan n diketahui
· Contoh: Diberi 5, 9, 13, ….. adalah satu J.A. Carikan sebutan ke-13
Penyelesaian: Diketahui bahawa a= 5, d= 4. Oleh itu,
Sebutan ke-13= 5 + (13- 1)4
= 53
BAB 11: PERSAMAAN GARIS LURUS
10..1c : Penentuan Nilai Anu
· Nilai sesuatu anu boleh ditentukan apabila nilai anu yang satu lagi diberi
· Contoh: Diberi 2x + 3y = 14, carikan nilai x apabila y=2
Penyelesaian: Gantikan nilai y= 2 ke dalam persamaan 2x + 3y =14
2x + 3(2)= 14
2x + 6 = 14
2x= 8
x = 4
Janjang Aritmetik
· Contoh: Jika Tn= 2n + 7, tentukan sebutan yang keberapakah nombor 25
Penyelesaian: Andaikan 25 adalah sebutan ke-n dalam jujukan itu,
maka 2n + 7 = 25
2n= 18
n= 9
· Nilai n boleh dicari kerana nilai Tn diberi.
No comments:
Post a Comment