TINGKATAN 1
BAB 2: GANDAAN DAN FAKTOR
2.1 Senarai nombor berpola
Senarai nombor yang mempunyai aturan tertentu disebut nombor berpola.
Dalam senarai nombor pola
nombor sebelumnya diperolehi dengan menambahkan 3 kepada nombor sebelumnya.
Dalam senarai nombor pola
nombor sebelumnya diperolehi dengan mendarabkan 2 kepada nombor sebelumnya.
HUBUNG KAIT????
Bagi subtopik gandaan dan faktor (Matematik Tingkatan 1), ia berhubung kait dengan subtopik bagi ciri-ciri janjang aritmetik dan ciri janjang geometri.( Matematik Tambahan Tingkatan 5)
JANJANG ARITMETIK
1.1.1 Ciri janjang aritmetik
-Suatu jujukan ialah satu susunan nombor T1, T2, …, Tn,… yang mengikut peraturan tertentu.
T1 merupakan sebutan pertama,
T2 merupakan sebutan kedua,
Tn merupakan sebutan ke-n
-Perhatikan jujukan 5, 12, 19, 26,…
Sebutan kedua – sebutan pertama = 12 – 5 = 7,
Sebutan ketiga – sebutan kedua = 19 – 12 = 7,
Sebutan keempat – sebutan ketiga = 26 - 19 = 7.
-Didapati bahawa beza antara suatu sebutan dengan sebelumnya didapati sama, iaitu 7. Maka beza sepunya = 7.
Jujukan diatas dinamakan JANJANG ARITMETIK
Janjang aritmetik ialah satu jujukan yang beza antara suatu sebutan dengan sebutan sebelumnya adalah pemalar. Pemalar ini dinamakan beza sepunya, d.
JANJANG GEOMETRI
1.2.1 Ciri janjang geometri
Perhatikan jujukan berikut
Apakah ciri umum jujukan di atas?
Jujukan (a) mempunyai nisbah sepunyai, iaitu 2.
Jujukan (b) mempunyai nisbah sepunya, iaitu 3a.
Jujukan yang mempunyai nisbah sepunyai dinamakan JANJANG GEOMTRI
Janjang geometri ialah satu jujukan yang setiap sebutan (kecuali sebutan pertama) diperoleh dengan mendarabkan sebutan yang sebelumnya dengan satu pemalar tak sifar, r. Pemalar ini dinamakan nisbah sepunya.

tunjukkan perkaitan menggunakan peta minda supaya nampak jelas...terimakasih
ReplyDeletehazwani mohmad diah
Berdasarkan arahan yang diberi oleh Dr Lim Chong Hin, kita hanya perlu mengaitkan satu subtopik yang dipilih sahaja. Namun kami dapati, terdapat dua subtopik yang dikaitkan iaitu Janjang Aritmetik dan Janjang Geometri.
ReplyDeleteMaaf ya kalau kami tersilap. Cuma sekadar pendapat dan berkongsi pandangan.
Sekian, terima kasih.
Kumpulan 3 : Nur Farhana Bt. Pawanteh, Norhazwani Bt. Hassan, Farah Nadia Bt. Anwari, Nurul 'Ain Bt. Azizan
salam...
ReplyDeleteblog ini memaparkan maklumat dalam bentu ayat yang terlampau panjang.bagi sesetengah orang mereka kurang berminat membaca maklumat yang terlampau panjang.
lebih menarik jika maklumat dipersembahkan dalam bentuk peta minda yang lebih kemas dan padat yang mampu memudahkan pembaca..
shuhada nabiha bt redzuan
norzawanah bt mohd radzi
siti noqyah bt abdul hamid
shafini suhaimi
jacqualine mamut
salam....
ReplyDeleteblog ini memaparkan gambaran yang kurang jelas untuk difahami oleh orang lain.sebaik-baiknya peta minda.ini cuma sekadar pendapat untuk dikongsi bersama kawan-kawan.
terima kasih
Kumpulan 2
Hajar nur Sarah Bt Samat
Fatin Izzati bt Mohd Nasruddin
Armyza Bt Mohd Yaziz
W.Noraidah Muneerah Bt Abdullah
Salam sejahtera, kami dapati blog anda menarik dan padat dengan input- input yang berkaitan dengan tajuk anda. Namun, kami kurang jelas dengan perkaitan yang wujud antara subtopik dan topik-topik yang telah anda senaraikan. Maaf kalau kami tersalah tafsir kerja anda. Sekian.
ReplyDeleteTan See Jhou
Nurul Irnafarhana Md Zain
Gayathiry a/p Vijayakumar
Kho Ee Sing
Enoch Ang
Kumpulan 3:
ReplyDeletemerujuk kepada pendapat yang dikemukan berkaitan subtopik yang dikaitkan, kami telah mendapat penjelasan daripada Dr. Lim bahawa di bahagian analisis, kita perlu mengaitkan dengan semua subtopik yang berada di dalam topik yang dipilih. Pada bahagian rancangan mengajar (LP) hanya perlu mengaitkan dengan SATU subtopik sahaja.
terima kasih atas pendapat yang diberikan...
p/s: kami menerima pendapat yang diberi dan telah mengubah bahagian yang perlu diubah di AV2...sila rujuk...
Your arrangement for the content for this blog is awesome but still need to be improved. I had difficulties in reading all the way through your blog as it need to go through one by one. The best one is maybe you convert it into a table or a mind map, it will be user-friendly justification and easy to see the relation between your topic and the topics you try to relate with.
ReplyDelete